KUALA LUMPUR 20 Nov. - Syarikat pengeluar pesawat tempur, SAAB yang
berpangkalan di Sweden, optimis Malaysia akan menimbang untuk
menggantikan pesawat tempur pelbagai fungsi (MRCA) milik Tentera Udara
Diraja Malaysia, MiG-29N Fulcrum, dengan pesawat tempurnya, JAS-39 C/D
Gripen.
Pengarah Urusan SAAB International Malaysia Sdn. Bhd. (SAAB), Thomas
Linden berkata, TUDM buat masa ini sedang mengkaji kemungkinan itu
selepas barisan pegawai-pegawai tertinggi ketumbukan tersebut mengadakan
lawatan ke pangkalan syarikat itu di Sweden baru-baru ini.
Pesawat pejuang JAS-39 C/D Gripen, yang dikeluarkan oleh SAAB,
merupakan antara empat pesawat yang dikatakan pilihan untuk menggantikan
MiG-29N Fulcrum.
Pesawatpesawat yang lain termasuk Boeing F/A-18E/F Super Hornet, Rafale dan Eurofighter Typhoon.
"Kita telah disenarai pendek oleh kerajaan Malaysia walaupun program
penggantian MiG-29N Fulcrum itu ditunda. SAAB kini aktif mengikuti
sebarang perkembangan berhubung program itu.
"Kita optimis Gripen akan menjadi pilihan bagi TUDM atas kapasiti
pesawat itu sebagai sebuah aset yang berprestasi tinggi dan pada masa
sama kos efektif dalam memenuhi tuntutan pertahanan Malaysia," katanya
kepada pemberita di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di
sini hari ini.
Setakat ini jelas Thomas, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
telah menggunakan pelbagai produk keluaran SAAB termasuk Senjata Anti
Kereta Kebal Carl-Gustaf, Sistem Pengurusan Tempur Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) 9LV dan Radar Pertahanan Udara Giraffe 40.
Yang turut menjadi kegunaan pasukan pertahanan negara, kata beliau,
adalah Radar Pemantau 150 Sea Giraffe milik Kapal Diraja (KD) Lekiu,
Radar Pengesan Senjata Artileri Arthur, EW milik Sukhoi 30 MKM dan
Sistem Pengesan Automatik (AIS) untuk pengesanan pesisiran maritim.

Malaysia dg bekerjasama Beijing Enterpriase Group Co. menerbitkan obligasi Syariah, utk membiayai pembelian rudal LY-80 dan dg ToTnya. Utk pertahanan negaranya dg ToT rudal disertai kerjasama pembuatan mobil listriknya dan perkerata apian dg perusahaan2 China.
ReplyDelete